Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan karaoke kategori belia semasa Majlis Soft Opening Pesta Lubok Antu 2024 di Dataran Rusa di Pekan Engkilili pada Jumaat. Foto TVS

Karnival Lubok Antu, Pesta Batang Ai bakal diadakan serentak, promosikan keunikan Daerah Kecil Engkilili

ENGKILILI, 25 Mei: Karnival Lubok Antu akan datang bakal dianjurkan serentak dengan Pesta Batang Ai sekali gus menjadi platform mempromosikan pelbagai keunikan di kawasan ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi berkata dua karnival itu juga akan menjadi acara tahunan di Daerah Lubok Antu.

Menurutnya program itu akan menjadi satu acara tahunan yang baharu sekali gus memperkenalkan kawasan di sini menjadi sebagai antara destinasi utama di jajaran Lebuhraya Pan Borneo.

“Karnival Lubok Antu sebenarnya nak dijadikan sebagai program tahunan di Daerah Lubok Antu bersama pihak kawasan Batang Ai dan itu sebab kenapa ia dipanggil sebagai karnival Lubok Antu jadi kita berharap tahun seterusnya nanti kita laksanakan lagi ini di Batang Ai.

“Kita gilirkan iaitu tahun ini di Engkilili tahun seterusnya di Batang Ai sebab kalau dapat kita cuba hidupkan baru Pesta Batang Ai terdahulu, Karnival Lubok Antu disatukan sekali supaya lebih ramai kita dapat raikannya bersama-sama nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Soft Opening Pesta Lubok Antu 2024 di Dataran Rusa di Pekan Engkilili pada Jumaat.

Tambahnya Karnival Lubok Antu berpotensi menjadi platform bagi mempromosi produk dan hasil tani tempatan dari kawasan sekitar Daerah Lubok Antu dan Engkilili.

Peningkatan pengunjung sempena penganjuran Karnival ini akan sedikit sebanyak dapat membantu para usahawan dan peniaga kecil di kawasan ini untuk menjana pendapatan dan secara tidak langsung merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan