Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merasmikan Pelancaran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Atrium Utama Plaza Merdeka Shopping Centre, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

HAWANA 2024: Wartawan salur maklumat, rapatkan jurang kerajaan dan masyarakat

ByRegina Lee

KUCHING, 25 Mei: Golongan wartawan berperanan penting dalam membina masyarakat peka dan berpengetahuan dengan isu semasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata menerusi laporan mereka akan membolehkan kerajaan mendapat maklum balas, memahami keresahan dan isu-isu yang dihadapi masyarakat.

Datuk Abdullah Saidol berucap pada Majlis Perasmian Pelancaran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

“Evolusi pemikiran dan kematangan sesebuah masyarakat tentang kenegaraan, pemahaman budaya, pembangunan infrastruktur, sosioekonomi dan jati diri adalah sebahagian besar hasil kerja (pengaruh penulisan dan terbitan) warga wartawan.

“Maklum balas daripada masyarakat dapat membantu kerajaan menstruktur pelbagai agenda pembangunan dan insentif bagi mereka yang memerlukan.

“Melalui wartawan juga, kerajaan dapat berkongsi perancangan dan polisi pentadbiran sesebuah negeri atau negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pelancaran Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Atrium Utama Plaza Merdeka Shopping Centre, hari ini.

Abdullah menambah, pekembangan teknologi media dan dunia digital turut membawa cabaran baru untuk warga media.

Menurutnya, kepelbagaian platform media sosial yang ada pada masa kini menyaksikan wujudnya wartawan yang turut berkongsi maklumat yang meragu-ragukan kepada netizen.

“Dengan perkenalan pelbagai gajet media dan telekomunikasi, kerja wartawan semakin mudah tetapi cabaran lain yang datang ialah wartawan-wartawan tidak rasmi atau ‘reporter netizen’ yang juga ingin melapor atau berkongsi maklumat dgn masyarakat namun tidak disahkan kesahihannya.

“Tanpa mereka sedari, kadang-kadang kebenaran maklumat tersebut ibarat istilah jauh panggang dari api dan cerita separuh masak.

“Maka, amanah baru wartawan yang bertanggungjawab ialah untuk membetulkan dan mengesahkan kesahihan berita berkenaan,” jelasnya.

Pameran HAWANA 2024 berlangsung bermula hari ini hingga 27 Mei, menampilkan pameran menarik yang menggambarkan evolusi dan sejarah dunia kewartawanan di Malaysia, khususnya di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan