Search
Close this search box.
Kapsyen: Menteri Komunikasi Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil merasmikan Jelajah HAWANA 2024 di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching. Foto TVS

HAWANA 2024: Platform martabat industri media dan kewartawanan

KUCHING, 25 Mei: Landskap kewartawanan dan tugas pengamal media arus perdana diakui terkesan dalam mendepani arus lingkup pendemokrasian serta penyaluran maklumat tanpa sempadan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, meskipun berdepan dengan cabaran ‘wartawan segera’ di laman sosial, kredibiliti pengamal media tidak akan terjejas jika etika kewartawanan yang diamal sekian lama, dipegang teguh oleh pengamal media.

Tambahnya, sesi dialog bersama siswa sempena program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa di enam lokasi terpilih merupakan wadah terbaik untuk mendedahkan para pelajar untuk memahami serta mendalami dunia kewartawanan sebenar.

“Ini peluang yang cukup baik bagi kita merapatkan mereka yang terlibat dalam bidang kewartawanan, dengan para pelajar, mahasiswa yang sekarang sedang bidang ataupun mula menceburi ataupun masih belajar mengenai aspek-aspek komunikasi, komunikasi strategik, media, kewartawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Jelajah HAWANA 2024 di Pustaka Negeri Sarawak di sini pada Sabtu.

Mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, program HAWANA turut menjadi platform untuk mempersiapkan pengamal media tempatan untuk memperkukuhkan hubungan bersama rakan media dari luar negara terutama dari rantau Asia Tenggara untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi persidangan ASEAN yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun hadapan.

Antara wakil media yang turut menghadiri HAWANA 2024 di Kuching ini termasuklah wakil media dari Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor Leste, Vietnam, China, Korea dan Qatar.

Seramai 300 peserta terdiri daripada para pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Swinburne University of Technology Sarawak, UiTM Sarawak dan Kolej SEGI Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA merangkap Pengerusi Jawatan Kerja HAWANA 2024, Nur-ul Afida Kamaludin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan