Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Lubuk Antu 2024 di Dataran Rusa Engkelili pada Sabtu. Foto TVS

Hasrat status Engkelili sebagai daerah penuh akan disampaikan kepada Premier Sarawak – Uggah

ENGKELILI, 25 Mei: Permohonan berhubung menaik taraf status Engkelili kepada daerah penuh akan disampaikan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata permohonan Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi  itu turut merangkumi hasratnya untuk membina tebingan sungai (waterfront) Engkelili dan  jambatan di sini.

Uggah mengakui menyokong terhadap kesemua permohonan berkenaan berikutan ia nya akan membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat di Kawasan Parlimen Lubok Antu.

Menurut beliau, satu pertemuan bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan diadakan sekali lagi bagi membincangkan permohonan ini.

“Berapa banyak permohonan tadi waterfront satu, jambatan dengan status daerah penuh Engkelili dan perkara ini saya akan bawa kepada Premier Sarawak.

“Berkenaan waterfront janji saya dengan kamu satu temu janji dengan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak akan dibuat dan nanti akan disampaikan permohonan ini sebab saya sokong permohonan ini di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan perasmian semasa Majlis Perasmian Karnival Lubuk Antu 2024 di Dataran Rusa Engkelili pada Sabtu.

Sementara itu Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi semasa berucap menjelaskan perubahan status daerah penuh kepada Engkelili akan membawa banyak perubahan positif dalam tadbir urus daerah kecil ini.

Katanya, urusan-urusan pentadbiran, pembangunan dan penyampaian perkhidmatan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di Engkilili akan menjadi lebih efisien dan berfokus.

“Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak supaya Daerah Kecil Engkilili ini dapat diangkat kepada status daerah penuh.

“Sekiranya dapat urusan-urusan pentadbiran, pembangunan dan penyampaian perkhidmatan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di Engkilili akan menjadi lebih efisien dan berfokus,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan