Search
Close this search box.
Seramai 25 mangsa banjir dari enam keluarga di Rumah Panjang Lawing, Padeh, Betong dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air petang tadi. Foto Bomba

Banjir: 25 mangsa di Rumah Panjang Lawing dipindahkan ke PPS

BETONG, 25 Mei: Seramai 25 mangsa banjir daripada enam keluarga di Rumah Panjang Lawing, Padeh, di sini, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong memulakan operasi pemindahan mangsa bermula jam 6.41 petang.

“Pemantauan pihak bomba mendapati penghuni rumah panjang perlu dipindahkan berikutan paras banjir masih dalam keadaan bahaya di mana paras air telah berada di paras ruai rumah panjang.

“Pihak bomba bertindak melakukan pemindahan mangsa dengan menggunakan aset bot ke tempat selamat dan mangsa di tempatkan di PPS Layar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mereka yang dipindahkan termasuk seorang bayi perempuan dan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU)

“Operasi pemindahan mangsa ditamatkan pada jam 7.31 malam,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan