Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil dalam satu temu bual eksklusif bersama media rasmi di sebuah hotel di Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Terima kehadiran teknologi AI, berperanan sebagai pembantu kepada wartawan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 24 Mei: Tanggapan segelintir pihak mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu mengambil alih pekerjaan manusia secara keseluruhannya terutama dalam bidang kewartawanan perlu diubah dengan mula memanfaatkannya dalam industri media.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kecanggihan teknologi AI mampu memainkan peranan yang penting dalam profesion kewartawanan iaitu sebagai pembantu dalam menyediakan laporan lebih efisien.

“Pada era 50 hingga 70-an dahulu wujudnya jawatan pembantu wartawan yang berperanan menyediakan alatan dan keperluan wartawan sebelum mereka memulakan penulisan dan pelaporan, tetapi kini tugas itu sudah tiada lagi.

“Saya berpandangan AI boleh menjadi pembantu kepada wartawan, contoh sekiranya kita perlukan kajian yang pantas mengenai sesuatu topik, AI membantu mengumpulkannya.

“Begitu juga dengan membantu jurufoto, teknologi AI berkemampuan menyunting gambar dengan lebih baik ,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama media rasmi di sebuah hotel di Kuching, malam ini.

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan, terdapat keperluan untuk sesebuah organisasi media mempunyai jabatan pembangunan sumber manusia bagi membantu pengamal media memaksimumkan penggunaan teknologi AI dalam tugasan mereka.

Beliau menjelaskan, wartawan terutamanya diyakini akan menjadi lebih produktif sekiranya mengguna pakai teknologi AI dalam pelaporan berita.

“Ia membantu wartawan untuk jadi lebih produktif dengan teknologi itu juga membantu kerajaan untuk mengekang berita palsu atau maklumat tidak sahih.

“AI berguna sekiranya kita tahu menggunakannya, jika kita belum mencuba, kita harus melakukannya sekarang,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan