Search
Close this search box.
Aksi beregu campuran negara Lai Shevon Jemie (kiri) dan Goh Soon Huat ketika menentang pemain Taiwan Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang pada peringkat pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena, Bukit Jalil. Foto Bernama

Masters Malaysia 2024: Satu slot final beregu campuran sah milik Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Satu slot final acara beregu campuran pada Masters Malaysia 2024 sudah pasti menjadi milik pasangan negara apabila Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan membuat perhitungan dengan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi separuh akhir, esok.

Pada aksi suku akhir hari ini, Tang Jie-Ee Wei selaku pilihan utama mudah menewaskan rakan senegara, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing, 21-19 dan 21-14 manakala Soon Huat-Shevon Lai menyingkirkan pasangan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati, 12-21, 21-17 dan 21-17.

Tang Jie, 26, berkata mengekalkan ‘ketenangan’ ketika pihak lawan berada dalam prestasi terbaik ketika di gelanggang sentiasa menjadi pegangan hidup mereka.

“Tenang bukan bermaksud kita mendiamkan diri (sebaliknya) cara bagaimana kita bertindak ketika pihak lawan sedang dalam prestasi terbaik dalam gelanggang. Saya rasa ini paling penting bagi kami berdua,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ee Wei, 24, pula enggan memikirkan banyak perkara sebaliknya ingin menikmati perlawanan demi perlawanan kerana merasakan setiap pasangan mempunyai kekuatan mereka tersendiri.

Bagi Soon Huat, 34, yang mengalami kecederaan pergelangan tangan kanan dan pinggul kanan pada set kedua perlawanan hari ini merasakan lawan mereka esok mempunyai kelebihan tersendiri dengan Tang Jie-Ee Wei mempunyai kelajuan dan kekuatan pemain muda.

“(Manakala) saya dan Shevon mempunyai pengalaman dan rentak. (Namun) sekarang saya fokus pemulihan dengan secepat mungkin,” katanya.

Manakala Shevon pula berkata pasangan beregu campuran yang mempunyai prestasi lebih bagus pasti mampu menempah tiket ke final.

“(Perlawanan hari ini) kita punya pemikiran dengan rentak permainan pun kena kawal sikit dan saya rasa itu berjaya memusnahkan momentum lawan kita juga. Kita berdua berjaya dan sangat berterima kasih kepada Soon Huat kerana tidak menyerah (walaupun) psikologi pun mesti ada takut, kecederaan serius tetapi dia berjaya tahan dan habiskan permainan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan