Search
Close this search box.
Seorang wanita Palestin yang kehilangan tempat tinggal berjalan melepasi bangunan yang musnah di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 24 Mei 2024. Foto AFP

Mahkamah Keadilan Antarabangsa arah Israel segera hentikan serangan di Rafah

ByBernama

LONDON/GENEVA, 24 Mei: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat mengarahkan Israel untuk segera menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah, sebuah bandar di selatan Semenanjung Gaza yang diserang sejak 6 Mei, lapor Agensi Anadolu.

“Israel mesti segera menghentikan serangan ketenteraannya atau sebarang tindakan lain di wilayah Rafah yang boleh menyebabkan kumpulan Palestin di Gaza, keadaan hidup yang boleh membawa kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau sebahagian,” kata Presiden ICJ, Hakim Nawaf Salam.

Hakim tersebut membacakan perintah mengenai langkah sementara tambahan yang diminta oleh Afrika Selatan dalam kes genosid yang berterusan terhadap Israel.

ICJ mengatakan perubahan dalam perintahnya pada 28 Mac adalah berdasarkan perubahan keadaan akibat serangan ke atas Rafah, iaitu rakyat Palestin yang dipindahkan telah berlindung daripada perang yang bermula pada Oktober.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 800,000 orang telah melarikan diri dari bandar tersebut akibat pencerobohan darat.

Keputusan mahkamah itu juga menyatakan bahawa Israel belum melakukan tindakan yang cukup atau memadai untuk menangani dan menghilangkan kebimbangan berkaitan kesan negatif operasi ketenteraannya di Rafah.

ICJ juga meminta Israel untuk mengekalkan lintasan sempadan Rafah terbuka bagi membolehkan akses tanpa halangan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ia mengarahkan Tel Aviv untuk menyerahkan laporan mengenai langkah-langkah yang diambil berdasarkan perintah terbaru itu dalam tempoh sebulan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan