Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil dan Dato Sri Julaihi Narawi menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian SMART600 MOCN di antara SDEC, CelcomDigi Berhad, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, TM Technology Services Sdn Bhd & YTL Communications Sdn Bhd di Kuching, hari ini. Foto Bernama

Kerajaan komited rapatkan jurang digital

ByConnie Grace

KUCHING, 24 Mei: Penyediaan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) di menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) dijangka akan meluaskan kawasan liputan telekomunikasi di wilayah ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif tersebut menunjukkan dedikasi kerajaan dalam merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

Kerjasama Persekutuan, Sarawak bawa liputan telekomunikasi ke seluruh negeri | TVS

“Kita tidak boleh bercakap tentang transformasi digital tanpa membawa infrastruktur kerana telekomunikasi digital adalah untuk menyediakan sambungan dan perkhidmatan telekomunikasi berkelajuan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi pada majlis menandatangani Perjanjian SMART600 Multi Operator Core Network antara Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad  (SDEC) dengan CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Pengerusi SDEC Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Abang Johari berkata lagi, Rangka Tindakan Ekonomi Digital adalah untuk memperkasakan infrastruktur dan ketersambungan, tadbir urus data dan siber keselamatan, bakat dan kemahiran digital, penyelidikan, inovasi dan keusahawanan serta keterangkuman.

Semuanya bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan memaksimumkan nilai digital.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan Sarawak komited dalam meneroka potensi luar biasa teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membuka potensi penuh kesalinghubungan yang membawa kepada peningkatan kecekapan, produktiviti dan inovasi di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan Sarawak akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital serta menyediakan perkhidmatan kerajaan yang beretika dan telus untuk meningkatkan kualiti hidup setiap warga Sarawak.

“Kerajaan Sarawak mengesahkan komitmennya untuk memajukan wawasan Sarawak untuk menjadi kuasa besar ekonomi digital untuk negara dan wilayah.

“Kami bercita-cita tinggi dan proaktif tentang masa depan digital Sarawak dan saya optimis bahawa kami akan mencapai objektif kami dengan Sarawak akan menjadi masyarakat yang berkembang maju didorong oleh inovasi dan teknologi,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan