Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jadual kadar harga kerja bagi kontraktor G1-G4 telah dinaikkan mengikut kos bahan dan perkhidmatan yang juga telah meningkat. (Foto FB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi)

Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna

ByBernama

SIBU, 24 Mei: Jadual kadar harga kerja bagi kontraktor G1-G4 telah dinaikkan mengikut kos bahan dan perkhidmatan yang telah meningkat, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Justeru katanya tiada alasan kontraktor terbabit untuk tidak melaksanakan kerja dengan baik yang membabitkan 457 kerja bernilai RM300 juta di seluruh negara.

Beliau berkata kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.

“Oleh kerana itu kerajaan memang mengharapkan semua kerja ini akan disempurnakan dengan baik. Tidak boleh lagi dikatakan harga kerja tidak berpatutan atau tidak dapat menampung kos yang terlibat dan sebagainya kerana kita dah buat peningkatan dalam jadual kerja kepada kerja-kerja yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan Undi Kerja Berkala Bagi Kontraktor G1-G4 Di Bawah Kontrak Penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Sarawak Tahun 2024 di sini hari ini.

Dalam ucapannya sebelum itu beliau berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan bagi Kerja-Kerja Penyenggaraan Kontraktor G1 hingga G4 Di Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia berjumlah RM300 juta menerusi Belanjawan 2024.

Beliau berkata sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk Semenanjung bagi 336 kerja manakala RM100 juta diperuntukkan untuk Sarawak, Sabah dan Labuan bagi 121 kerja.

Program cabutan undi hari ini melibatkan 64 kerja di Sarawak iaitu 41 kerja berkala ‘pavement’ berjumlah RM42.5 juta dan 23 kerja berkala bukan ‘pavement’ berjumlah RM7.5 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan