Search
Close this search box.
Kennedy Chukpai Ugon (tengah) melakukan simbolik perasmian pada Majlis Malam Kebudayaan Orang Ulu Bazaar Gawai Dayak di MJC Batu Kawa, Kuching, malam tadi. Foto TVS

Hormat-menghormati resepi perpaduan pelbagai kaum di Sarawak

KUCHING, 24 Mei: Kesatuan dalam kepelbagaian menjadi teras kejayaan perpaduan pelbagai kaum di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata kepelbagaian budaya di negeri ini tidak menghalang semua masyarakat hidup bersatu sebagai rakyat Malaysia.

Jelasnya, kunci perpaduan ini terletak dengan perasaan saling hormat-menghormati dan memahami agar dapat membina masyarakat yang teguh dan harmoni.

“Kesatuan dalam kepelbagaian adalah teras kepada kejayaan perpaduan pelbagai suku kaum di Sarawak. Walaupun kita mempunyai perbezaan yang unik tetapi melalui rasa hormat-menghormati dan saling memahami, kita dapat membina sebuah masyarakat yang teguh dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Malam Kebudayaan Orang Ulu Bazaar Gawai Dayak di MJC Batu Kawa di sini, malam tadi.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada komuniti Orang Ulu yang terus memelihara dan memperkukuhkan warisan nenek moyang mereka untuk diwarisi kepada generasi muda.

Katanya, ini memberikan peluang kepada pelbagai masyarakat untuk sama-sama merasai kegembiraan dan kebanggaan akan warisan budaya yang kaya dan indah daripada komuniti mereka.

“Tahniah kepada komuniti Orang Ulu yang terus memelihara dan memperkukuhkan warisan nenek moyang kita untuk diwarisi kepada generasi yang akan datang,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan