Search
Close this search box.
Sarawak dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama penganjuran acara melibatkan pengamal media dan kandungan kreatif pada masa depan. Foto hiasan Envato

HAWANA 2024: Sarawak miliki potensi sebagai destinasi utama penganjuran acara libatkan pengamal media

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 24 Mei: Sarawak dikenal pasti sebagai salah satu destinasi utama penganjuran acara melibatkan pengamal media dan kandungan kreatif pada masa depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 telah memperlihatkan negeri itu sebagai venue sesuai dalam menghimpunkan pengamal media dalam satu-satu acara berskala mega.

“Saya lihat Sarawak sangat berpotensi bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi bahan-bahan yang dilaporkan memperlihatkan banyak peluang yang ada.

“Saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak sebab menawarkan diri sebagai tuan rumah HAWANA 2024, sebab kadang-kala nak jadi tuan rumah ini bukan mudah, tetapi pengalaman itu bagi saya ia berharga dan saya nampak potensi itu besar.

“Ia merupakan masa yang tepat dan di tempat yang betul. Persediaannya juga saya lihat dalam keadaan sangat baik,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama media rasmi di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai HAWANA 2024, Fahmi berkata, sambutan yang diadakan di sini dari 25 hingga 27 Mei itu akan membuka peluang kepada pengamal media untuk membina rangkaian sesama mereka dan pada masa mengeratkan lagi hubungan profesional antara organisasi media dalam negara dan juga rantau Asia Tenggara.

Sementara itu, mengulas mengenai negeri yang bakal menjadi tuan rumah sambutan HAWANA pada tahun hadapan, Fahmi berkata perkara itu masih belum diputuskan dengan memaklumkan kerajaan akan memperhalusi beberapa aspek penting terlebih dahulu.

“Dari tahun ke tahun penganjurannya mesti lebih baik, kita harus strategik bukan sahaja memilih negeri mana yang akan jadi hos tetapi topik yang akan dikupas dan dibincangkan.

“Selain itu mungkin ada beberapa perkara untuk kerajaan memilih negeri tuan rumah HAWANA 2025 sebab pada tahun depan juga, Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2025, ia adalah detik yang cukup penting bukan sahaja kepada HAWANA, tetapi negara juga,” katanya.

Fahmi menambah, penganjuran di Sarawak akan dijadikan sebagai pembelajaran bagi mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dan penyediaan program-program lebih baik untuk penganjuran HAWANA seterusnya.

Beliau menjelaskan, sehingga kini masih belum ada negeri yang menawarkan kesediaan sebagai tuan rumah HAWANA 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan