Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latif. Foto FB Nor Zamri Latif

ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 24 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latif meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya di sini hari ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 1.38 tengah hari.

Menurut Iszuree, jenazah dijangka dikebumikan sejurus solat jenazah di Masjid Sungai Bakap, Nibong Tebal dekat sini kira-kira pukul 6 petang hari ini.

Terdahulu, beliau dilaporkan dirawat di hospital berkenaan sejak hujung bulan lalu kerana komplikasi di bahagian perut.

Nor Zamri dari Pas yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan