Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menekankan sistem pengagihan kerusi pilihan raya GPS sekarang berkesan dalam membawa pembangunan. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abdul Karim tegaskan sistem agihan kerusi GPS sekarang berkesan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 Mei: Kenyataan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing berhubung sistem pengagihan kerusi pilihan raya Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah bersifat peribadi.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang berkata demikian, menjelaskan bahawa hubungan antara parti-parti komponen dalam GPS amat baik.

Isu kerusi parti perlu dibincangkan dalam MKT GPS | TVS

“Sekiranya betul-betul beliau ingin memperjuangkan dengan cara itu, ia perlu dibawa ke Majlis Tertinggi GPS supaya tidak menyebabkan perasaan tidak senang dalam parti komponen GPS,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata lagi, sistem pengagihan kerusi pilihan raya dalam kalangan parti-parti komponen GPS pada masa sekarang masih relevan dan berkesan dalam membawa kestabilan politik dan pembangunan.

Malah menurutnya, rakyat juga gembira dengan apa yang dikecapi Sarawak pada masa ini hasil kestabilan politik sejajar dengan tumpuan kerajaan Sarawak, mengekalkan keharmonian rakyat.

“Kita dapat melihat kestabilan yang cukup baik di Sarawak dari segi ekonomi, pentadbiran, pengurusan dari segi kewangan dan sebagainya,” tegasnya.

Pada Rabu, King Sing menyatakan bahawa tiada lagi istilah kerusi tradisi yang kekal menjadi milik mana-mana parti dalam era politik moden masa kini.

Katanya, pembahagian sesuatu kerusi kepada parti politik adalah terletak di bahu rakyat yang memilih dan menentukan parti atau calon yang akan mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri atau di Dewan Rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan