Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil berkata 247 menara SMART diaktifkan menggunakan teknologi Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali di Sarawak. Foto Alex Teo (TVS)

247 menara SMART di Sarawak sudah berfungsi

ByConnie Grace

KUCHING, 24 Mei: Sebanyak 247 menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) diaktifkan menggunakan teknologi Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) setakat 15 Mei lepas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 600 menara telekomunikasi yang dirancang dibina di Sarawak.

Menurutnya, ia dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Kewangan (MOF) dan syarikat telekomunikasi menerusi beberapa fasa peruntukan.

“Dengan termeterai perjanjian hari ini, lebih cepat menara-menara ini akan berfungsi dan kemudahan ini akan dapat dimanfaatkan oleh rakyat Sarawak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian SMART600 Multi Operator Core Network di sini, hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata susulan perkembangan positif program SMART600 di Sarawak, kesemua pengendali rangkaian mudah alih bersetuju melaksanakan program sama di seluruh negara dengan perjanjian telah ditandatangani pada 9 Mei lepas.

“Bagi kawasan lain dalam negara, kita mula dengan pembinaan lima menara dulu kerana ada aspek komersial perlu diteliti dan kita jangka dalam tempoh setahun tahun akan datang, ada 102 menara yang akan diutamakan dan selepas itu sejumlah lagi akan diusahakan telko-telko sendiri,” katanya.

Terdahulu, Fahmi menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) dengan CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL sebagai lonjakan signifikan ke arah meningkatkan keterhubungan digital di kawasan luar bandar Sarawak.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi.

Sementara itu, MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan perjanjian itu menunjukkan kejayaan pertama di dunia melibatkan kerjasama enam pelbagai pengendali dalam menyediakan perkhidmatan telekomunikasi melibatkan CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL dan MySRBN.

Menurut MCMC, projek itu dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 1,000 penempatan di kawasan pedalaman Sarawak dan melalui inisiatif ini, masyarakat akan menikmati liputan di mana sahaja tanpa mengira rangkaian syarikat mana yang mereka pilih.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan