Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan,Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom merakam kenangan selepas sidang media SAF 2024 di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis. Foto Aziz Soleh (TVS)

Sarawak Agrofest 2024 di Bintulu jana jualan RM5 juta, tarik 450,000 pengunjung

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 23 Mei: Sarawak Agrofest (SAF) 2024 di Bintulu pada Julai depan dijangka menjana jualanĀ RM5 juta dengan sasaran sekitarĀ 450,000 pengunjung dari seluruh negeri.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, SAF 2024 kembali padaĀ 12 hingga 22 Julai 2024 di Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Menurutnya penganjuran edisi kelima itu bakal menjadi platform untuk komuniti petani meningkatkan keupayaan dan kapasiti pertanian sebagai sektor ekonomi baru.

ā€œDi Australia atau negara Eropah, petani dipandang tinggi, namun di sini, sebaliknya, jadi kita harus mengubah persepsi itu, berbangga menjadi anak petani.

ā€œPertanian harus dilihat sebagai sebuah komoditi untuk membentuk landskap ekonomi sosial kita.

ā€œDengan penganjuran SAF 2024 melalui Jabatan Pertanian Sarawak, festival akan menumpukan kepada pengkomersialan, kerjasama dan teknologi baharu,ā€ katanya pada sidang media SAF 2024 di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.

Mengulas lanjut, Rundi berkata dengan penglibatan pemain global dalam festival itu, rangkaian produk tempatan meningkat dan membangunkan rantaian bekalan huluan dan hiliran produk tempatan.

“Sarawak diberkati dengan buah-buahan kelapa, pisang dan durian, dan kita harus menginovasikan teknologi terhadap produk tempatan untuk memenuhi khalayak yang lebih luas dalam sektor ini,” tambah Rundi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan