Search
Close this search box.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.6 bilion (US$1=RM4.72) pada 31 Mei 2024. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$113.3 bilion setakat 15 Mei, 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$113.3 bilion (US$1= RM4.71) setakat 15 Mei, 2024 berbanding US$112.8 bilion pada 30 April, 2024.

Bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing, berjumlah US$101.1 bilion, diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM634.38 bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing, termasuk SDR (RM536.58 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.96 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.66 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM51.06 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM195.66 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.59 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM141.72 bilion), deposit kerajaan persekutuan ( RM13.84 bilion), deposit lain (RM64.63 bilion), kertas Bank Negara (RM18.68 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion), dan liabiliti lain (RM3.95 bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan