Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan pihak di sebalik pendedahan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian simbah asid dipercayai melibatkan pemain Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya yang berlaku pada 5 Mei lepas. Foto media sosial

Polis Selangor kesan pihak sebar rakaman CCTV kes simbah asid Faisal Halim

ByBernama

SHAH ALAM, 23 Mei: Polis sedang mengesan pihak di sebalik pendedahan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian simbah asid dipercayai melibatkan pemain Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya yang berlaku pada 5 Mei lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi 56 saat yang tular di media sosial hari ini dengan video itu merupakan bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Beliau berkata pendedahan bahan bukti kes yang masih dalam siasatan merupakan satu kesalahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis memandang serius perbuatan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja menyebarkan video sekali gus mengganggu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya  dalam kenyataan hari ini.

Hussein turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video tersebut bagi menghormati dan menjaga sensitiviti mangsa dan keluarga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan