Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto fail UKAS

Pelaburan China di Sarawak cecah RM19.4 bilion, cipta lebih 10,000 peluang pekerjaan – Abang Johari

ByBernama

KUCHING, 23 Mei: China melabur lebih RM19.4 bilion, terutamanya dalam projek solar, keluli dan pembuatan berasaskan kayu di Sarawak, yang membantu mewujudkan lebih daripada 10,000 pekerjaan bagi penduduk setempat serta membawa manfaat sampingan kepada ekonomi tempatan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaburan dari ekonomi kedua terbesar dunia itu membawa impak besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di wilayah ini.

“Pelaburan ini telah meningkatkan keupayaan industri selain merangsang pembangunan mampan dan inovasi,” katanya dalam ucapan beliau sempena Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024: Siri Libat Urus Perangkaian di Sarawak, di sini, hari ini.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Abang Johari berkata China merupakan salah satu rakan dagangan utama Sarawak, dengan perdagangan, pelaburan dan projek kerjasama dalam pelbagai sektor.

Beliau berkata pada 2023, eksport Sarawak ke China, iaitu gas asli cecair, minyak makan dan logam asas, bernilai RM18.8 bilion, manakala import, iaitu jentera, barangan perkilangan dan produk pengguna, berjumlah RM9.9 bilion.

“Malah, kerjasama ekonomi antara China dan Sarawak terus berkembang dengan penglibatan China dalam pembangunan kuasa hidro, iaitu Bakun, Murum dan Baleh, yang menyokong matlamat kami untuk menjadi kuasa besar Asean,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan