Search
Close this search box.
Lebih ramai negara yang mengiktiraf kedudukan Palestin, gencatan senjata mampu dicapai agar dapat membawa kepada perjanjian damai. Foto: AFP

Norway, Sepanyol dan Ireland iktiraf Palestin sebagai negara 28 Mei ini

ByAFP

OSLO, 23 Mei: Norway, Ireland dan Sepanyol akan mengiktiraf Palestin sebagai sebagai sebuah negara pada 28 Mei ini.

Negara-negara Eropah itu berkata keputusan berkenaan sebagai langkah untuk mempercepat usaha gencatan senjata di Palestin.

Mereka juga menggesa negara lain untuk mengikuti jejak langkah itu walaupun Amerika Syarikat yang merupakan sekutu utama Israel tetap dengan pendiriannya bahawa pengiktirafan Palestin harus direalisasikan melalui rundingan terus dan bukannya pengiktirafan unilateral.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata pihaknya mahu lebih banyak negara yang mengiktiraf kedudukan Palestin, agar gencatan senjata mampu dicapai dan seterusnya membawa kepada perjanjian damai.

Setakat ini 143 negara daripada 193 ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi dan menyokong usaha Palestin untuk menjadi ahli penuh.

Palestin pada masa ini masih dalam status pemerhati di PBB yang tidak memberikan mereka sebarang undi dalam perhimpunan itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan tindakan negara-negara Eropah yang memberi pengiktirafan kepada Palestin sebagai sebuah negara umpama satu ganjaran kepada keganasan.

Reaksi itu timbul susulan pengumuman Norway, Ireland dan Sepanyol yang akan mengiktiraf negara Palestin pada 28 Mei ini.

Pengumuman itu juga telah mendorong Israel untuk memanggil semula dutanya daripada ketiga-tiga negara itu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan