Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (tiga dari kanan); Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang (empat dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid (dua dari kanan) bersama penerima Anugerah Khas Permuziuman pada Majlis Penutup Sambutan Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Spice Arena, Bayan Lepas di sini malam tadi. Foto TVS

Muzium berperanan sebagai platform integrasi kaum – Aaron Ago

ByTVS

GEORGE TOWN, 23 Mei: Institusi muzium di negara ini memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri dan perpaduan masyarakat yang sihat, ujar Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Kata beliau, kerajaan menerusi kementeriannya akan sentiasa mengutamakan agenda untuk menjadikan muzium sebagai platform integrasi kaum, sesuai dengan fungsinya sebagai ‘guardian of heritage’.

“Identiti Malaysia sememangnya terkenal di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara dengan kepelbagaian.

“Justeru, institusi permuziuman di Malaysia harus memainkan peranan mereka yang sangat penting dalam mengekalkan dan melindungi khazanah sejarah dan budaya, sekaligus menjadi agen pengukuhan jati diri rakyat,” katanya.

Penyampai berita TVS pakai baju etnik Sarawak sempena Minggu Perpaduan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Spice Arena, Bayan Lepas di sini malam tadi.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohamad Abdul Hamid dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy.

Acara yang menjadikan Pulau Pinang sebagai tuan rumah itu berlangsung bermula 13 Mei hingga semalam dengan menampilkan penyertaan daripada 13 muzium persekutuan dan negeri, 21 muzium institusi dan empat muzium antarabangsa.

Kedah turut diumumkan menjadi tuan rumah acara itu tahun hadapan.

Dalam pada itu, Aaron Ago berkata, pihaknya pada tahun ini akan memperluaskan penyertaan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun bagi menyertai Program Bermalam di Muzium.

Sambutan Minggu Perpaduan sasar kehadiran 200,000 pengunjung

“Program tradisi Jabatan Muzium Negara yang membabitkan pelajar sekolah sejak 2007 itu akan diadakan bagi kategori pelajar pada 30 dan 31 Ogos, manakala belia pada 12 dan 13 Oktober.

“Jika tahun lalu terdapat 25 muzium terlibat dan tahun ini kita sasarkan sekurang-kurangnya 30 muzium,” katanya lagi.

Beliau menambah, kementerian itu juga akan menyegerakan bagi mewujudkan Anugerah Tokoh Khas Permuziuman Negara di bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang ketika ini sedang pada peringkat memuktamadkan kertas cadangannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan