Search
Close this search box.
Syabu dan wang tunai yang dirampas poli susulan penahanan seorang lelaki di Pekan Sundar, Lawas awal pagi semalam. Foto, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas.

Lelaki sorok dadah bernilai RM35,336 ditahan di Lawas

LAWAS, 23 Mei: Tindakan seorang lelaki menyorok sejumlah dadah jenis syabu terbongkar selepas ditahan dalam satu pemeriksaan di Pekan Sundar, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintenden (DSP) Liong Tindan berkata, suspek rakyat tempatan berusia 31 itu ditahan pukul 2.30 pagi menerusi operasi dilancarkan pihaknya.

Menurut beliau, pemeriksaan menemukan sembilan paket plastik lutsinar yang berisi pepejal kristal disyaki dadah jenis Methamphatamine dengan anggaran berat kasar 176.68 gram.

“Nilai semasa rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM35,336.

“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM2,941 dan kereta yang digunakan lelaki itu untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, suspek direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan