Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menyempurnakan simbolik perasmian Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 di Hilton Hotel, Kuching pada Khamis. Foto Ahmas Azlan Shah (TVS)

Kerjasama Sarawak, China mampankan ekonomi negeri – Awang Tengah

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 23 Mei: Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) menjadi landasan kepada komitmen Kerajaan Sarawak bekerjasama dengan China, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Menurut beliau, jalinan kerjasama itu diyakini memangkin pembangunan yang mampan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi digital, sumber tenaga yang boleh diperbaharui, bandar pintar dan inovasi teknologi.

Awang Tengah juga menyifatkan MCS 2024 sebagai platform dan acara penting yang memfokuskan kepada inovasi dan pembangunan ekonomi, yang menggalakkan kerjasama merentas sempadan.

“Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 akan menjadi platform untuk Sarawak mengukuhkan lagi kerjasama sosioekonomi dan memupuk perkongsian bermakna dengan China.

“Sidang kemuncak ini dijangka mengumpulkan 500 pameran dan 10,000 delegasi perdagangan dari China, Malaysia dan Asean, menyediakan pandangan strategik untuk meneroka prospek baharu dan pengembangan pasaran,” kata beliau semasa berucap di Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 di Hilton Hotel, Kuching pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan sektor awam dan swasta di Sarawak untuk memanfaatkan platform tersebut bagi memupuk sinergi ekonomi dalam membentuk kerjasama serantau dan pembangunan ekonomi masa depan.

“Saya berharap hubungan dua hala antara Sarawak dan China terus kukuh dan membuka jalan ke arah masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan, dan dijangka menjadi salah satu daya penggerak utama untuk kemakmuran yang berterusan,” ujar beliau.

Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 bertemakan “Prosperity beyond 50” dan dijadualkan pada 17 hingga 19 Disember 2024 di Kuala Lumpur, merupakan acara penutup dalam siri program dibawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk memperingati hubungan bilateral antara Malaysia dan China.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan