Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika meninjau pembinaan dua kolam kering atau ‘dry-pond’ menerusi projek penyimpanan air di dua lokasi berbeza bagi mengatasi isu banjir di kawasan Batu Kawa. Foto Facebook Sim Kui Hian

Inovasi tangani banjir di Batu Kawa, DID bina dua ‘Dry-Pond’

ByShafik Ahmad

KUCHING, 23 Mei: Bagi mengatasi isu banjir di kawasan Batu Kawa, Kerajaan Sarawak akan membina dua kolam kering atau ‘dry-pond’ menerusi projek penyimpanan air di dua lokasi berbeza dengan keluasan hampir 10 ekar sebagai tapak simpanan air ketika hujan lebat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata pembinaan itu melibatkan penambahbaikan sistem saliran di Jalan Ketitir dan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa.

Pelaksanaan dua projek tersebut menelan belanja lebih RM42 juta yang akan bermula pada 24 Mei 2024 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Kedua-dua ruang penyimpanan air dibina dengan keluasan masing-masing 5.4 ekar (Jalan Ketitir) dan 4.2 ekar (RPR Batu Kawa) pada kedalaman dua meter.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dalam hantaran di Facebook, memaklumkan pihaknya menggunakan kaedah baharu dalam menangani isu berkenaan terutama di kawasan kerap berlaku banjir setiap kali musim hujan.

Katanya ia merupakan langkah proaktif bagi mengurangkan malah menyelesaikan masalah banjir yang disebabkan oleh air hujan berlebihan yang tidak sempat disalurkan ke sungai terdekat iaitu Sungai Maong Kanan.

“Kita amat teruja dengan projek ini yang pertama seumpamanya di Kuching – Dry Pond seluas hampir 10 ekar di atas padang permainan, ruang awam di tengah dataran MJC dan Pine Sqaure.

“Dry Pond berfungsi sebagai kolam penampungan semasa hujan lebat dan ketika air tidak dapat dilepaskan ke sungai apabila paras air sangat tinggi, (kaedah diperoleh) semasa lawatan sambil belajar ke Eropah tahun lepas, ia dipanggil ‘making room for water’,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Projek tersebut katanya telah diserahkan pada Selasa kepada dua kontraktor yang layak menerusi tender terbuka untuk pembinaan fasa pertama yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak, Datu Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan