Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Datuk Snowdan Lawan mengabdikan kenangan bersama para usahawan program Inkubator SAGO 2024. Foto TVS

Inkubator SAGO, platform letak gastronomi Sarawak di peta antarabangsa

KUCHING, 23 Mei: Inkubator Gastronomi Sarawak (Inkubator SAGO) 2024 merupakan platform bagi melahirkan generasi baharu usahawan makanan yang inventif, kreatif dan sekali gus meletakkan gastronomi Sarawak di peta pasaran antarabangsa.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak, Datuk Snowdan Lawan mengakui bahawa gastronomi bukan hanya memperkenalkan warisan budaya, malah merupakan salah satu penggerak utama untuk memangkin perkembangan ekonomi dan sektor pelancongan negeri ini.

“Agenda ekonomi kita amat jelas, yakni kita mensasarkan kepelbagaian serta pengukuhan ekonomi negeri menerusi pengurusan mapan dan inovasi. Inkubator SAGO merupakan strategi inisiatif yang akan menyumbang ke arah agenda ini. Inisiatif memperkasakan usahawan sektor makanan ini secara tidak langsung bakal mencorak masa hadapan berikutan kulinari Sarawak akan dikenali di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Inkubator SAGO 2024 di The Grounds Premium Coworking Space di sini pada Khamis.

Tambah Snowdan, program ini sudah pasti akan mengubah landskap kulinari Sarawak yang akan menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi Sarawak serta merasai sendiri pengalaman kulinari asli negeri ini.

Untuk edisi Inkubator SAGO 2024, lapan usahawan tempatan terlibat dalam menjayakan program ini iaitu terdiri daripada The Happy Matbakh, Fren’s Get Together, Vanilapong, Gaya Foodie, Flos Esto, Orisa, Mimi Galley dan Misperos.

Para peserta Inkubator SAGO perlu melalui program selama 10 minggu untuk melengkapkan diri dengan kemahiran inovasi makanan, kepintaran perniagaan dan kemahiran pembangunan pasaran untuk mengembangkan perniagaan makanan mereka dan berjaya dalam ekonomi digital.

Hadir sama, Pengarah SAGO Group Sendirian Berhad, Evelyn Teo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan