Search
Close this search box.
Persidangan Media Sarawak 2024 dijangka dihadiri 500 wartawan tempatan dan luar Sarawak.

HAWANA 2024: Persidangan Media Sarawak bincang Evolusi Media Dalam Era Digital

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 23 Mei: Persidangan Media Sarawak (SMEC) yang diadakan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bakal membincangkan ‘Evolusi Media Dalam Era Digital’.

Persidangan julung kali diadakan itu akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei itu dianjurkan bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dan Business Events Sarawak.

AZAM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan lebih 500 wartawan dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Indonesia, Brunei dan Singapura dijangka hadir.

Persidangan ini menampilkan barisan penceramah terkemuka seperti Profesor Charlie Beckett dari London School of Economics and Political Science dan Augustine Anthuvan dari Singapore Media Academy.

Ia turut menampilkan Profesor Madya Jaspal Kaur dari Canterbury Christ Church University, Ketua Pusat Keselamatan Komunikasi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Saidatul Ashikin Abu Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Munir Anaam dari Institut Akhbar Malaysia dan Pengarah Urusan Borneo Adventure Philip Yong.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan