Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan pelabur Korea Selatan dijangka antara yang akan terlibat dengan pelaburan di Hab Tenaga Bintulu. Foto, TVS.

Hab Tenaga Bintulu bakal terima pelaburan RM2.158 trilion

ByNajib Imran

SEOUL, 23 Mei: Hab Tenaga Bintulu dijangka menerima pelaburan dianggarkan berjumlah AS$460 bilion (RM2.158 trilion) sehingga 2050.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan itu dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak swasta.

Abang Johari berkata, antara pelabur yang dijangka terlibat ialah pemain – pemain industri tenaga boleh baharu di Korea Selatan.

“Ini bukan saja dana kita tetapi saya jangkakan (pelabur) Korea Selatan yang mempunyai rangkaian kerjasama sesama mereka akan melabur untuk infrastruktur tersebut hingga tahun 2050.

“Secara prinsipnya, kita melihat ini merupakan hala tuju yang jelas dalam pembangunan petrokimia dan juga tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Taklimat Pelabur-Pelabur Korea Selatan Bagi Projek Sarawak New Energy Hub (SNEH) di sini.

Abang Johari turut menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian pembangunan bersama (JDA) SEDC Energy dalam Projek H2biscus dengan Lotte Chemical, Samsung E&A dan Korean National Oil Company (KNOC).

Menerusi JDA berkenaan, SEDC Energy melangkah setapak lagi untuk merealisasikan Sarawak New Energy Hub (SNEH).

SEDC Energy diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Robert Hardin manakala Lotte Chemical diwakili Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Hun Ki Lee.

JDA bagi KNOC pula ditandatangani oleh Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dong Sub Kim manakala Presiden Samsung E&P, Hing Namkoong mewakili syarikat gergasi itu.

Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Abdullah Zaidel. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan