Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemain industri sektor tenaga hijau di Korea Selatan pada lawatan rasmi beliau ke negara itu semalam. Foto, Ahmad Nasrullah (TVS).

EU rancang tubuh bank pelaburan di Sarawak, biaya projek tenaga hijau

ByNajib Imran

SEOUL, 23 Mei: Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan penubuhan bank pelaburan mereka di Sarawak bagi membiayai projek tenaga hijau.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu dinyatakan semasa lawatan duta-duta EU ke Kuching, baru-baru ini.

Menurut beliau, EU juga ingin terus bekerjasama dengan Sarawak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

“EU akan ke Malaysia untuk menubuhkan bank pelaburan mereka. Pada masa sama, kita juga memerlukan institusi kewangan bagi memberikan dana menghasilkan lebih banyak tenaga boleh diperbaharui agar dapat memenuhi permintaan negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemeteraian Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) antara anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) iaitu SEDC Energy dalam Projek H2biscus dengan Lotte Chemical, Samsung E&A dan Korean National Oil Company (KNOC).

Menerusi JDA berkenaan, SEDC Energy melangkah setapak lagi untuk merealisasikan Sarawak New Energy Hub (SNEH).

Abang Johari menambah EU juga berhasrat untuk membantu Sarawak membangunkan loji janakuasa yang menghasilkan tenaga hijau bagi mencapai sasaran penghasilan 10 gigawatt (GW) bekalan tenaga bersih menjelang 2030. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan