Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad menunjukkan dua buah bagasi dan 20 bungkusan dadah disyaki syabu yang dirampas daripada dua keldai dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini. Foto TVS

Dua warga asing ditahan cuba seludup keluar 2 kg dadah di lapangan terbang

ByTVS

GEORGE TOWN, 23 Mei: Dua lelaki warga Indonesia yang berperanan sebagai keldai dadah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas dekat sini ketika cuba menyeludup keluar syabu dan pil ekstasi ke negara asal pada Isnin lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek berusia 25 dan 27 tahun itu dicekup kira-kira pukul 5.20 petang selepas pemeriksaan menemukan dadah jenis syabu di dalam dua buah bagasi yang dibawa mereka.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan 20 bungkusan plastik lutsinar berisi dadah tersebut yang seberat 2 kilogram (kg) bernilai RM64,000 bersama 14 biji pil ekstasi.

“Ini merupakan kali pertama kedua-dua suspek cuba menyeludup keluar dadah dari sini.

“Bagaimanapun ia perjalanan kali kedua dari negeri ini selepas kali pertama hanya datang bagi memantau tahap keselamatan di LTAPP,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Katanya, suspek yang negatif dadah dan tiada rekod lampau itu dipercayai menyeludup dadah dari negeri ini untuk dibawa pulang ke negara asal bagi tujuan pengedaran.

Suspek direman sehingga 27 Mei ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan berbeza, beliau berkata, polis turut menumpaskan satu makmal dadah selepas menyerbu sebuah premis di Bukit Mertajam dekat sini pada Selasa dan menahan tiga individu termasuk seorang warga asing.

Katanya, polis merampas 8.4 kg dadah jenis heroin bernilai RM81,300 dan heroin base seberat 377 gram bernilai RM32,500 bersama perkakasan memproses dadah.

Polis turut menyit dua buah kereta dan dua buah motosikal beserta sebentuk cincin yang keseluruhannya bernilai RM223,800 termasuk dadah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan