Search
Close this search box.
Cadangan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit dikhuatiri membawa kesan buruk terhadap spesies yang diwartakan sebagai terlindung sepenuhnya itu. Foto Lembaga Pelancongan Sarawak

Diplomasi dikhuatiri ancam nyawa orang utan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Mei: Cadangan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit dikhuatiri membawa kesan buruk terhadap spesies yang diwartakan sebagai terlindung sepenuhnya itu.

Menurut Felow Kanan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Jeniri Amir, perincian secara mendalam dan menyeluruh harus dilakukan terlebih dahulu sebelum cadangan itu direalisasikan.

“Kita harus ingat bahawa sebarang langkah yang diambil akan meninggalkan kesan atau implikasi tertentu kerana hakikatnya, kita harus memberi perhatian terhadap spesies ini.

“Orang utan bukan sahaja dilindungi di Sarawak malah di negara jiran kita, Indonesia,” katanya ketika dihubungi TVS, semalam.

Tambahnya diplomasi itu jika diteruskan dilihat mungkin boleh melanggar hak-hak tertentu termasuk memisahkan orang utan dari habitat asalnya.

“Hakikatnya, spesies orang utan ini hanya boleh tinggal di hutan tertentu sahaja terutamanya Borneo. Jika dilaksanakan diplomasi ini, orang utan tersebut akan ditempatkan di zoo untuk tontonan orang ramai.

“Ini sekali gus akan membahayakan nyawa orang utan berkenaan,” katanya lagi.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau tidak bersetuju terhadap cadangan ‘diplomasi orang utan’ kepada negara dagang sawit.

Sebaliknya beliau berkata, Kerajaan Malaysia sepatutnya mengikut langkah China yang hanya meminjamkan panda mereka kepada negara luar termasuk Malaysia.

Ini kerana menurut beliau, primat itu telah diwartakan sebagai haiwan dilindungi di Borneo malah menjadi khazanah negara.

Awal bulan ini, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan ‘diplomasi orang utan’ kepada negara dagang sawit sebagai strategi diplomasi.

Jelas Johari, Malaysia akan menjadikannya sebagai hadiah kepada rakan dagang selain mengukuhkan hubungan luar terutamanya dengan negara pengimport utama seperti Kesatuan Eropah, India dan China. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan