Search
Close this search box.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan beras mencukupi bagi rakyat di Sabah serta Sarawak terutamanya menjelang sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Foto hiasan Envato

Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai – Arthur

ByBernama

TAWAU, 23 Mei: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan beras mencukupi bagi rakyat di Sabah serta Sarawak terutamanya menjelang sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.

“Berdasarkan status semasa stok beras negara, jumlah stok bekalan beras hingga 14 Mei 2024 sebanyak 1,037,381 tan metrik meliputi 200,000 tan metrik simpanan stok kerajaan dan 837,381 tan metrik stok dagangan.

“Sebanyak 57,500 tan metrik simpanan stok kerajaan ditempatkan di gudang Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Sabah manakala di Sarawak 33,000 tan metrik. Selaras jaminan itu KPKM diarah memantau bekalan beras di peringkat borong dan runcit agar mencukupi selain ia dijual pada harga berpatutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arthur pada hari ini turut mengetuai lawatan kerja pemeriksaan ke gudang stok penimbal beras di sini, dan lawatan pemeriksaan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi antara kerajaan dengan BERNAS bagi memastikan simpanan stok beras negara sentiasa cukup dan terjamin serta berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Arthur berkata 111,478 tan metrik beras putih import (BPI) dibekalkan kepada pasaran di Sabah dengan subsidi RM23.75 juta sebulan, sejajar dengan usaha kerajaan Persekutuan memberikan subsidi RM950 per tan metrik pada harga borong BPI mulai 5 Okt lepas bagi mengimbangi bekalan dan harga beras di Sabah, Sarawak serta Labuan.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan Persekutuan turut menerima baik usaha kerajaan Sabah dalam meningkatkan kadar sara diri (SSR) beras di negeri ini seiring dengan tema Sambutan Pesta Kaamatan 2024 iaitu Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan.

“Antara inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan produktiviti padi di Sabah termasuk menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 kepada RM500 bermula pada 9 Ogos 2023 di seluruh negara termasuk Sabah.

“Kerajaan juga menaikkan harga lantai belian padi di Sabah dan Sarawak daripada RM900 kepada RM1,300 per tan metrik berkuat kuasa 15 Feb lepas,” katanya.

Selain itu, menurutnya KPKM akan melaksanakan projek rintis Program SMART Sawah Bersekala Besar Ala Sekinchan di Kampung Kesapang Tengah, Kota Belud dengan keluasan 27.81 hektar yang melibatkan 15 peserta dan dijangka bermula Julai ini melalui penggunaan elemen mekanisasi serta automasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan