Search
Close this search box.
Dr. Sim bercakap kepada pemberita selepas hadir pada sambutan Hari Wesak di sini hari ini. Foto, TVS.

Sarawak beli sendiri ubat antiviral Paxlovid

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 22 Mei: Kerajaan Sarawak memaklumkan telah membeli sendiri ubat antiviral Paxlovid sebagai persediaan menghadapi peningkatan semula jangkitan wabak COVID-19.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, ini berikutan kontrak Kementerian Kesihatan (KKM) dengan syarikat pembekal antiviral berkenaan telah tamat Mac lalu.

“Kita (Kerajaan Sarawak) tidak tahu berapa lama mereka (KKM akan) berbincang untuk mendapat ubat tersebut.

“Oleh itu kita akan membeli ubat itu terlebih dahulu untuk diletakkan di hospital dan klinik di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan Kerajaan Sarawak susulan laporan peningkatan semula COVID-19 yang dilaporkan di negara ini dan beberapa negara jiran termasuk Singapura dan Thailand.

Mengulas lanjut, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, keputusan itu dilakukan supaya pihaknya tidak perlu menunggu jawapan Kerajaan Persekutuan berhubung perolehan berkenaan.

“Ini juga untuk mengelak masalah yang mungkin berlaku,” katanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mempunyai sistem tersendiri untuk memantau penularan COVID-19 menerusi kerjasama rapat dengan pakar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Jelas beliau pemantauan JKN Sarawak termasuk melihat bilangan yang tampil untuk mendapat berkenaan serta jumlah kemasukan ke hospital.

“Semua ini merupakan sistem pemantauan ketika di fasa endemik COVID-19 yang bermaksud kita hidup dengan adanya risiko penyakit ini,” katanya.

Tambah beliau, pakar-pakar di UNIMAS serta JKN Sarawak sedang memantau varian baharu itu termasuk yang sedang merebak di Singapura.

“Kita harus berterima kasih kepada UNIMAS yang merupakan salah satu daripada beberapa pusat di Malaysia yang mempunyai kemahiran untuk membuat penjujukan genetik untuk mengenal pasti varian tersebut,” katanya.

Terdahulu, Dr. Sim hadir pada sambutan Hari Wesak di Persatuan Buddha Sarawak di sini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan