Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing pada majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-60 SMK Kai Chung dan SJK C Kai Chung di Kompleks Sukan Bintangor pada Selasa. Foto TVS

RM2.5 juta untuk naik taraf trek larian Kompleks Sukan Bintangor

BINTANGOR, 22 Mei: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM2.5 juta untuk pelaksanaan projek naik taraf trek larian Kompleks Sukan Bintangor yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek itu akan dilaksanakan oleh Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) yang kini sedang menyiapkan proses dokumentasi.

Pada masa yang sama katanya, tapak baharu bagi pembinaan Kolam Renang Bintangor juga telah dikenal pasti namun masih menunggu kelulusan pihak yang berkaitan.

“Kedua-dua projek ini sebenarnya sangat penting untuk pembangunan sukan dan menjana penglibatan aktif generasi muda Meradong dalam kegiatan yang lebih sihat.

“Bagi projek naik taraf trek larian, kita sudah menerima nilai siling projek sebanyak RM2.5 juta, dan ketika ini, pihak majlis sedang menyiapkan dokumen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-60 Smk Kai Chung dan SJK C Kai Chung di Kompleks Sukan Bintangor, semalam.

Usaha naik taraf Kompleks Sukan Bintangor perlu dilaksanakan segera berikutan keadaannya yang semakin uzur dan tidak selamat untuk melakukan aktiviti sukan dan riadah.

Malah ujarnya, Meradong memerlukan kemudahan sukan bertaraf moden bagi melahirkan lebih ramai atlet yang berbakat.

“Saya memandang serius perkara ini dan sering mengutarakan permasalahan itu (keuzuran Kompleks Sukan Bintangor) hampir setiap sesi persidangan Dewan Undangan Negeri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan