Search
Close this search box.
Memastikan makanan dan minuman untuk jemaah haji Malaysia sentiasa terjamin tahap kebersihan sepanjang berada di Tanag Suci Mekah. Foto TVS

Petugas Kementerian Kesihatan pantau premis penyediaan makanan jemaah haji

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 22 Mei: Unit Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan operasi pemantauan terhadap premis yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan jemaah haji Malaysia sepanjang operasi musim haji tahun ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pelaksanaan itu bertujuan untuk memastikan setiap premis yang telah dilantik dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih selamat kepada jemaah haji Malaysia.

“Untuk memastikan kualiti makanan terjamin selamat, kita ada unit katering daripada TH Travel yang akan memantau kualiti di dapur yang turut dibantu oleh Unit Kesihatan Awam KKM yang berperanan penting melakukan pemeriksaan premis dapur untuk memastikan penyediaan makanan tersebut mengikut piawaian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tiga premis yang menyediakan pek sajian makanan untuk jemaah Malaysia pada tahun ini.

Menurutnya, pihak Unit Kesihatan Awam juga akan membuat pemeriksaan fizikal di tempat-tempat yang digunakan sebagai stor, penyediaan bahan mentah dan penyediaan makanan sebelum dimasak.

“Selain itu, unit ini juga perlu melihat sistem perparitan, sistem pengurusan sisa, peralatan yang digunakan, ramuan dan amalan penyediaan yang baik agar sumber, kualiti dan bahan yang digunakan terjamin dan proses penyediaan makanan yang dilaksanakan dengan baik dengan penggunaan ramuan selamat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Syed Saleh berkata, premis-premis yang dilantik terlebih dahulu perlu menjalani proses saringan penilaian ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi sebelum dibenarkan beroperasi.

“Mereka perlu memohon menerusi pejabat Gabenor Mekah, Majlis Bandaraya Mekah, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Penguatkuasaan bagi mendapatkan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

“Kerajaan Arab Saudi menerusi Majis Bandaraya Mekah akan datang setiap masa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan