Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Makan Malam Perdana Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri 2024 di Miri, malam tadi. Foto TVS

Pertandingan Kumang Gawai jana pendapatan usahawan

MIRI, 22 Mei: Pertandingan Kumang Gawai bukan sahaja mempamerkan tradisi dan budaya masyarakat Dayak malah ia juga menjadi sumber pendapatan kepada usahawan di kalangan masyarakat itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia kerana kos perhiasan atau pakaian tradisional mereka boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.

“Saya diberitahu untuk Sugu Tinggi Iban, ia boleh mencecah dari RM1500 ke RM6000. Jadi ini merupakan perniagaan yang bagus untuk usahawan kita sebab ini adalah salah satu cara nak membangunkan sumber pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Perdana Perayaan Gawai Dayak Bahagian Miri 2024 di sini, malam tadi.

Uggah dalam pada itu turut berpendirian tidak bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan pertandingan tersebut akan merendahkan martabat masyarakat Dayak, sebaliknya ia merupakan peluang untuk masyarakat itu mempamerkan serta meraikan warisan budaya.

Majlis itu turut mempersembahkan pusingan akhir Pertandingan Keligit Orang Ulu, Kumang Iban, Dayung Sangon dan Belawan-Keling 2024 dengan enam finalis untuk setiap kategori, menjadikan keseluruhannya seramai 24 peserta.

Juara bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM15,000 dan Keligit Orang Ulu dimenangi oleh Jessie Ulung Jeffery, Kumang Iban oleh Cindy Cloudia Buyong, Dayung Sangon oleh Nurlaila Najwa Abdullah dan Belawan-Keling oleh Alexson Amir Adam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan