Search
Close this search box.
Perarakan Gawai Dayak 2024 di Lundu. Foto fail TVS

Perarakan Gawai Dayak melambangkan perpaduan kaum di Lundu

KUCHING, 22 Mei: Perarakan Gawai Dayak 2024 di sini melambangkan perpaduan kaum di Sarawak yang pelbagai serta menampilkan keunikan di daerah Lundu.

Ia mengetengahkan adat dan budaya masyarakat Sarawak sekali gus mempertahankan keutuhan perpaduan kaum Bumi Kenyalang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata penyertaan daripada masyarakat yang mempunyai kepelbagaian kebudayaan itu menunjukkan keterangkuman sosial yang sangat tinggi di daerah Lundu.

“Apa yang kita lihat (perarakan) pada hari ini adalah satu penyatuan kaum yang cukup unik yang lama kita tidak laksanakan dan yang terakhir sambutan kita buat adalah tahun 2018.

“Tahun ini kita mulakan dan ini satu permulaan yang cukup baik yakni penyertaan cukup bagus dan penyertaan semua kaum menunjukkan keterangkuman sosial yang sangat tinggi,” katanya semasa berucap selepas Perarakan Gawai Dayak 2024 di sini, hari ini.

Terdapat 29 kontijen dengan jumlah penyertaan seramai 725 orang peserta mengikuti perarakan tersebut.

Peserta perarakan itu disertai oleh masyarakat yang pelbagai bangsa dengan menggunakan pakaian dari suku kaum masing-masing seperti Iban, Bidayuh dan Rara.

Perarakan melalui perjalanan 2.6 kilometer bermula dari Stadium Mini Lundu, mengeliling kawasan pasar Lundu dan kembali ke stadium. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan