Search
Close this search box.
Para penganut Buddha berkumpul di kuil Persatuan Buddha Sarawak sempena Hari Wesak di Kuching, hari ini. Foto Ahmad Azlan Shah (TVS)

Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 22 Mei: Ratusan penganut agama Buddha di sini hari ini meraikan sambutan Hari Wesak bagi memperingati kelahiran, pencerahan agung serta kematian pengasas agama itu, Siddharta Gautama.

Sambutan itu yang merupakan cuti umum di Malaysia menyaksikan para penganut berkumpul di kuil-kuil Buddha menyanyikan lagu agama dan membawa simbol ikon Buddha semasa acara perarakan yang melambangkan kesucian seseorang.

Hari Wesak menandakan pentingnya penganut agama Buddha menerapkan keyakinan diri dalam agama tersebut dan hidup berlandaskan kepercayaannya.

Ia disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.

Di kuil Persatuan Buddha Sarawak di sini, sambutan dihadiri Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng serta Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak Samuel Simon.

Orang ramai mula berkumpul di kuil sekitar 7 pagi dengan setiap seorang daripada mereka meluangkan masa untuk berdoa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan