Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Malaysia pada Forum Air Sedunia ke-10, Bali, Indonesia.

Malaysia, Indonesia bersedia bantu bina semula infrastruktur air Palestin yang rosak – TPM Fadillah

ByTVS

JAKARTA, 22 Mei: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk bekerjasama membina semula infrastruktur air di Palestin yang rosak akibat serangan Israel, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu berkata, keputusan itu diambil selepas beliau dan Menteri Kerja Raya dan Perumahan Indonesia, Basuki Hadimuljono mengadakan pertemuan dengan Menteri Sumber Air Palestin, Mazen Ghanaim.

Pertemuan itu berlangsung di luar Forum Air Sedunia ke-10, Bali, Indonesia.

“Hasil mesyuarat tersebut, Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza.

“Mereka menyuarakan harapan agar Malaysia dapat memberikan pelbagai bentuk bantuan khususnya aspek teknikal selepas krisis.

“Saya telah memaklumkan kesediaan Kerajaan Malaysia serta meneliti cadangan yang dikemukakan,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, Malaysia juga bersedia memberikan bantuan dengan syarat dibenarkan masuk ke negara itu.

“(Namun) ia memerlukan perbincangan lanjut mengenai kaedah, masa dan cara pelaksanaan dengan Palestin,” katanya.

@tvsarawak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin SerI Ruziah Mohd selamat tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Ngurah Rai, Bali 11.25 pagi dengan pesawat khas. Fadillah akan mengetuai delegasi Malaysia pada Forum Air Dunia (WWF) ke-10 di pulau peranginan itu. 📹 TVS 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Sementara itu Basuki berkata, Indonesia turut menyokong penuh langkah Palestin untuk pembinaan semula infrastruktur airnya.

“Saya akan menyelaras untuk mencari penyelesaian paling sesuai bagi Palestin.

“Ke arah merealisasikan program pemulihan dan pembinaan semula di Palestin itu, bantuan politik dan teknikal amat diperlukan melalui kerjasama serantau,” tambah beliau. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan