Search
Close this search box.
Lima PATI yang memasuki Sarawak menerusi laluan haram diusir keluar oleh tentera hari ini. Foto, Tentera Darat Malaysia.

Lima PATI cuba masuk Sarawak diusir Tentera Darat Malaysia

LUNDU, 22 Mei: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan lima rakyat Indonesia masuk ke Sarawak secara haram hari ini.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) memaklumkan, dalam kejadian pada 10.30 pagi tadi berhampiran sektor Pos GABMA Biawak, pasukan tentera yang melakukan rondaan di situ mengesan pergerakan mencurigakan.

Kawasan tersebut jelas markas berkenaan terletak pada jarak lebih kurang 118 meter dari sempadan Indonesia.

“Anggota TDM terserempak lima orang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia.

“Anggota telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap mereka,” kata 1 Divisyen menerusi kenyataan media.

Hasil siasatan mendapati kesemua PATI itu datang untuk bekerja di Malaysia.

Kesemua mereka dalam lingkungan umur 20 hingga 49 tahun kemudian dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran.

“Laporan dibuat di Balai Polis Lundu bagi memastikan tindakan pengusiran dibuat dengan betul dan mengikut peraturan semasa,” jelas kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan