Search
Close this search box.
Dua Klirieng yang masih teguh berdiri merupakan kuburan golongan pembesar atau bangsawan di Belaga. Foto Connie TVS

Klirieng 600 tahun, khazanah berharga etnik Sekapan

ByConnie Grace

BELAGA, 22 Mei: Dua Klirieng dipenuhi ukiran unik teguh berdiri di tebing Sungai Belasa, Belaga seolah-olah menyambut kedatangan pengunjung.

Klirieng setinggi 10 meter itu sebenarnya didirikan khas bagi memperingati tradisi etnik Sekapan yang merupakan kaum Kajang yang menggunakan tiang itu sebagai kuburan golongan pembesar atau bangsawan sebelum kedatangan British.

Klirieng dipenuhi ukiran unik teguh berdiri seolah-olah menyambut kedatangan pengunjung. Foto Connie Grace (TVS)

Menurutnya Ketua Kampung Sekapan Piit, Lejau Sirek, pada zaman dahulu, proses mengukir serta menegakkan Klirieng yang telah siap dilakukan secara bergotong-royong.

“Satu daripadanya mempunyai lubang di bahagian atas bagi menggambarkan kegunaan ruang itu untuk menyimpan tulang-tulang golongan pembesar atau bangsawan yang telah meninggal dunia.

“Ukiran yang terdapat pada Klirieng ini mempunyai pelbagai motif seperti tumbuhan, buaya, naga serta topeng pada tiang itu menandakan kematian raja-raja masyarakat Sekapan dan proses ukiran memakan masa hampir tiga minggu untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui TVS, baru-baru ini.

Serpihan pinggan antik lama yang digunakan di atas Klirieng golongan pembesar atau bangsawan. Foto Connie Grace (TVS)

Namun, kini pembuatan klirieng tidak lagi diusahakan secara ritual seperti asalnya selepas arus pemodenan dan faktor agama semakin berkembang dalam kalangan masyarakat ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa usia Klirieng yang terdapat di lokasi Sungai Belasa, Belaga ini kini mencecah hampir 500 hingga 600 tahun.

Ketua Kampung Sekapan Piit, Lejau Sirek. Foto Connie TVS

“Mengikut dapatan kajian pihak Jabatan Muzium Sarawak yang pernah datang ke sini, mereka mengatakan bahawa Kelirieng yang ada di Sungai Belasa ini dianggarkan berusia sekitar 500 hingga 600 tahun.

“Selain itu, terdapat serpihan pinggan lama yang digunakan sebagai hiasan di atas Klireng tersebut,” katanya.

Lirek berkata dalam usaha untuk mengekalkan warisan, penduduk kampung mengambil inisiatif memulihara supaya generasi baharu tahu menghargai ukiran yang semakin kurang diberi perhatian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan