Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak bersetuju terhadap cadangan  ‘diplomasi orang utan’ kepada negara dagang sawit. Foto hiasan, Sarawak Tourism Board (STB).

Jangan jadikan orang utan sebagai hadiah diplomasi – Abdul Karim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 22 Mei: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak bersetuju terhadap cadangan  ‘diplomasi orang utan’ kepada negara dagang sawit.

Abdul Karim berkata, Kerajaan Malaysia sepatutnya mengikut langkah China yang hanya meminjamkan panda mereka kepada negara luar termasuk Malaysia.

Ini kerana menurut beliau, primat itu telah diwartakan sebagai haiwan dilindungi di Kepulauan Borneo malah menjadi khazanah negara.

“Itu satu langkah yang sangat tidak baik dan saya beranggapan tidak perlulah diberikan kepada negara luar kerana kita menjaga orang utan dengan begitu baik.

“Kita memastikan bahawa habitat orang utan tidak dirosakkan kerana penebangan pokok, pembukaan ladang dan sebagainya. Bukan itu sahaja, tempat paling terbaik untuk orang utan ialah di kawasan habitat semulajadinya dan bukan di zoo atau dalam sangkar,” katanya menerusi ciapan di akaun X semalam.

Awal bulan ini, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan ‘diplomasi orang utan’ kepada negara dagang sawit sebagai strategi diplomasi.

Jelas Johari, Malaysia akan menjadikannya sebagai hadiah kepada rakan dagang selain mengukuhkan hubungan luar terutamanya dengan negara pengimport utama seperti Kesatuan Eropah, India dan China. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan