Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata perpaduan antara kaum dan agama yang dijalin membolehkan setiap perayaan disambut bersama. Foto Ahmad Azlan Shah (TVS)

‘Jangan iri hati dengan perpaduan di Sarawak, sebaliknya jadikan teladan’

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 22 Mei: Jangan iri hati dengan Sarawak tetapi contohi langkah yang diambil pemimpinnya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama serta membangunkan Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata perpaduan antara kaum dan agama yang dijalin sejak sekian lama membolehkan setiap perayaan disambut bersama dan timbul perasaan tolak ansur.

“Ada sebilangan baru-baru ini asyik bertanya, semuanya Sarawak, kenapa asyik Sarawak sahaja?

“Sarawak sudah lama ada, tetapi rakyatnya dan nilai yang berharga pada diri kita, kita tunjukkan. Oleh sebab itu, ramai yang pandang pada negeri kita, hormati kita, sanjungi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada upacara Hari Wesak di Persatuan Buddha Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, contoh perpaduan turut ditonjolkan anak Sarawak menerusi Hari Wesak.

Sambutan Hari Wesak menyatukan semua anak Sarawak. Ada yang berlainan agama menyertai Hari Wesak sebab mereka percaya mereka adalah sebahagian anak Sarawak.

“Kita juga sebahagian pembangunan negara bangsa, kita saling hormat-menghormati, sering bersama, meraikan perayaan masing-masing bersama,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan