Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Majlis Malam bersempena dengan perayaan Gawai Dayak 2024 pada malam Rabu. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Abang Johari pemimpin untuk semua rakyat Sarawak – Douglas Uggah

ByKimberly Dickson

LUNDU, 22 Mei: Kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berjaya menyatupadukan rakyat Sarawak pelbagai kaum dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonominya ke tahap tertinggi dalam sejarah.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara itu dapat dilihat apabila Bumi Kenyalang mencatatkan pendapatan tertinggi mencecah RM13.3 bilion pada tahun lepas.

Jelas Douglas Uggah, kepimpinan Premier Sarawak itu berjaya melakukan tugas berkenaan dibantu oleh perpaduan erat dalam kalangan rakyat.

“Premier Sarawak mudah untuk tadbir kerana (kita) bersatu-padu, terima kasih (Abang Johari) kerana berjaya memajukan Sarawak.

“Beliau lakukannya berteraskan sosioekonomi dan meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar (menerusi ekonomi hijau),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak di Dewan Masyarakat Lundu di sini malam ini.

Sementara itu Douglas Uggah berkata, Abang Johari juga sangat mementingkan kemajuan di seluruh wilayah apabila meluluskan peruntukan untuk Program Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM5 juta untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Banyak pembangunan dilakukan oleh beliau termasuk di Opar yang berada di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Dalam pada itu Douglas Uggah berkata, antara hasrat utama untuk direalisasikan pada sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini ialah perpaduan sedia ada rakyat Sarawak terus diperkukuhkan.

“Jika ada masalah, kita sama sama bincang dan jadikan Gawai sebagai medan untuk kita buktikan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meluahkan rasa bangga berikutan pelbagai kaum termasuk Selako,Bidayuh dan Iban di Lundu berganding bahu memeriahkan majlis malam ini.

Douglas Uggah turut menyerahkan cek bernilai RM50,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang untuk kegunaan rakyat di kawasannya. – TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan