Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menyerahkan bantuan sempena Hari Gawai Dayak pada Majlis Sejambak Kasih di Miri pada Selasa. Foto TVS

30 mesin dialisis baharu ditempatkan di 13 hospital dan klinik

MIRI, 22 Mei: Kerajaan menyediakan peruntukan bagi membeli 30 mesin dialisis yang ditempatkan di 13 hospital dan dua klinik kerajaan seluruh Sarawak bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang yang semakin meningkat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pembelian itu susulan terdapat hospital atau klinik yang mempunyai kekurangan mesin dialisis atau mesin rosak.

“Kita juga bantu hospital untuk membeli mesin dialisis sebab kita menyedari di hospital ada mesin dialisis yang tidak dapat digunakan. Kerajaan telah memberi peruntukan untuk membeli 30 mesin dialisis.

“Ini akan boleh menambah bilangan pesakit buah pinggang untuk mendapat rawatan di klinik kesihatan atau pusat dialisis di hospital kerajaan,” katanya pada Majlis Sejambak Kasih Gawai 2024 di sini, semalam.

Dalam pada itu, seramai 1,256 orang yang menyambut perayaan Hari Gawai Dayak di Bahagian Miri menerima bantuan berbentuk sumbangan wang tunai.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan