Search
Close this search box.
Ziarah Rahmah adalah medium untuk petugas bertanya khabar serta menyampaikan maklumat pendidikan secara langsung kepada jemaah haji Malaysia. Foto TVS

Ziarah Rahmah, pantau kesihatan jemaah haji dari bilik ke bilik

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 21 Mei: Malaysia satu-satunya negara yang melakukan kunjungan ke bilik penginapan jemaah haji bagi memantau kesihatan mereka sepanjang berada di Tanah Suci.

Penyelaras Operasi (Unit Kesihatan Awam), Lembaga Tabung Haji (TH) Dr Asraf Ahmad Qamruddin berkata program Ziarah Rahmah adalah medium untuk petugas bertanya khabar serta menyampaikan maklumat pendidikan secara langsung kepada jemaah.

“Jika jemaah haji ada sebarang kemusykilan tentang masalah kesihatan mereka boleh terus bertanya kepada pegawai perubatan pada waktu tersebut.

“Misalnya ketika pendidikan kesihatan berkumpulan dilakukan, mungkin jemaah tidak ada kesempatan bertanya masalah kesihatan,” katanya.

Dr Asraf berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Ziarah Rahmah di penginapan Hotel Abraj Janadriyah, Ibu Pejabat Tabung Haji di sini pada Isnin.

Kata Dr Asraf lagi, program yang dilakukan setiap tahun itu turut bertujuan untuk mengenalpasti jemaah yang mempunyai gejala atau masalah kesihatan.

“Ini penting supaya kesihatan jemaah haji terjaga,” ujarnya.

Dalam pada itu Dr Asraf memberitahu antara permasalahan yang sering dibangkitkan oleh jemaah haji adalah berhubung keperluan kuantiti minuman air seharian bagi mengurangkan kekerapan mereka ke tandas.

“Selain itu, terdapat juga masalah seperti sendi dan otot apabila berjalan ke masjid, kulit kaki mengelupas dan juga masalah bagaimana nak teruskan ubatan mereka di Tanah Suci,” ujarnya.

Unit tersebut komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik sekali gus memastikan penjagaan kesihatan jemaah haji negara sentiasa terjamin.

“Kami akan memberikan nasihat kepada jemaah termasuk faktor cuaca, bagaimana hendak mengambil air dan macam mana nak elak daripada kelesuan haba serta bagaimana nak elak dari terkena jangkitan saluran pernafasan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan