Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi dan Dr William Voon serta rombongan pada sesi kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Tun Wan Junaidi diberi penghormatan sebagai penaung Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 21 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diberi penghormatan menjadi penaung Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak.

Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak, Dr William Voon berkata secara dasarnya Tun Wan Junaidi bersetuju menerima penghormatan itu.

“Secara tradisinya, jawatan ini diberi penghormatan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Sebelum ini, ia disandang Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi dan isterinya, Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Mengenai tarikh pelantikan, Dr William berkata ia terpulang kepada budi bicara Tun Wan Junaidi setelah beliau bersetuju secara rasmi menerima tawaran tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan