Search
Close this search box.
Lori yang terlibat dalam kemalangan kendiri di Batu 17, Jalan Sibu-Bintulu petang semalam. Foto IPD Sibu

Tiga maut, lori terbabas ke bahu jalan di Jalan Sibu-Bintulu

SIBU, 21 Mei: Tiga maut selepas lori yang dinaiki mereka dipercayai terbabit dalam kemalangan kendiri di Batu 17, Jalan Sibu-Bintulu kira-kira jam 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu lori berusia 23 tahun itu hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi kiri jalan.

“Akibat itu, dua penumpangnya masing-masing lelaki berusia 20 dan 21 tahun tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Dua penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Sibu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, pemandu lori yang turut cedera parah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sibu.

Beliau menambah, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan