Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif SEDC, Robert Hardin. Foto TVS

SEDC landasan golongan belia asah bakat dalam pembangunan tenaga hijau

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 21 Mei: Seiring aspirasi Kerajaan Sarawak ke era baharu insiatif ekonomi hijau pada masa kini, pihak bertanggungjawab di sebalik pelaksanaan inisiatif murni ini, termasuk Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) merupakan salah satu landasan belia mengasah bakat dalam tenaga hijau.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robert Hardin berkata, pihaknya merupakan penggilap bagi membentuk barisan pemimpin pada masa depan.

“Kami sedang mengkaji penghasilan hidrogen daripada sisa dan tapak pelupusan sampah. Kami juga sedang meneliti penghasilan daripada kilang minyak sawit. Oleh itu, kami perlu melabur dalam teknologi-teknologi sebegini.

“Kebanyakan daripadanya belum mencapai skala komersial. Apabila ia mencapai skala komersial, kita perlu menunggu seketika. Namun, untuk kita mempunyai kelebihan daya saing, kita perlu terlibat dalam teknologi-teknologi ini semasa ia sedang berkembang di Sarawak, melibatkan rakyat kita mempelajari dan membangunkan teknologi tersebut sehingga ia mencapai tahap komersial,” katanya menerusi rancangan temu bual terbitan TVS, Dialog TVS yang disiarkan malam Selasa.

Tambahnya lagi, ini adalah usaha SEDC dalam mengasah bakat golongan belia Sarawak dalam bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.

Beliau berkata, usaha itu telah dibuat sejak sekian lama dan bermula dengan penglibatan dalam institusi pendidikan sebelum berkembang ke dalam sektor perindustrian lain.

“Apa yang kami lakukan ialah kami berinteraksi dengan penduduk tempatan seperti institusi-institusi, Sarawak Skills, ICATS, dan universiti-universiti tempatan di mana kami cuba melihat bagaimana kami boleh membangunkan program-program tertentu sama ada untuk meningkatkan atau melatih semula pelajar-pelajar kami, serta tenaga kerja sedia ada yang ingin terlibat dalam teknologi-teknologi baharu ini,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, beliau turut mendedahkan SEDC turut bekerjasama dengan syarikat antarabangsa terutamanya dalam syarikat teknologi untuk membuat lebih banyak penyelidikan terutamanya dalam pembangunan teknologi tenaga hijau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan