Search
Close this search box.
Pasukan Samarahan Crocodile Hunter (SCH) telah berjaya menangkap dua ekor buaya di Kampung Tanjung Tuang, Kota Samarahan, semalam. Foto Media sosial

SCH berjaya tangkap dua ekor buaya seberat 800 kilogram di Kampung Tanjung Tuang

ByYazid Ibrahim

KOTA SAMARAHAN, 21 Mei: Pasukan Samarahan Crocodile Hunter (SCH) telah berjaya menangkap dua ekor buaya di Kampung Tanjung Tuang di sini, semalam,

Menurut Ketua Operasi Samarahan Crocodile Kaunselor Aziz Mohammad berkata, tangkapan reptilia itu dilakukan hasil aduan penduduk kampung dan pemancing di jeti sungai berkenaan.

“Kedua-dua buaya jantan ini dianggarkan seberat 800 kilogram, seekor berat 500 kilogram sepanjang 13.6 kaki manakala seekor lagi seberat 300 kilogram sepanjang 11 kaki,” katanya ketika dihubungi TVS.

Katanya, pemancing dan penduduk kampung sering melihat buaya tersebut timbul berhampiran jeti sungai dan boleh membahayakan keselamatan penduduk kampung itu.

“Kita bersyukur kerana dua buaya itu telah berjaya ditangkap. Reptilia itu memakan umpan ayam tua yang dipasang sejak petang Sabtu.

“Saya juga diberi kebenaran oleh pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk melupuskan dengan cara baik supaya tidak mengganggu penduduk kampung itu,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan