Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Adam Yii Siew Sang pada Majlis Makan Malam Hari Bandaraya Miri ke-19 di Miri, malam tadi. Foto Awang Azmil (TVS)

Rebut peluang jana pendapatan ketika ekonomi Sarawak baik

ByYusuf Shukri

MIRI, 21 Mei: Warga Sarawak perlu bijak merebut peluang dalam menjana pendapatan ketika ekonomi negeri sedang rancak membangun.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata mereka yang mahu menjana pendapatan lebih besar tidak boleh “tengok sahaja”.

“Pada saat ini, ekonomi Sarawak dalam pelbagai sektor menunjukkan trend meningkat kerana ini peluang yang datang setelah 60 tahun.

“Kita hendak memajukan bukan sahaja negeri kita sendiri, tetapi juga negara kita dan sebab itulah kita beri bimbingan kepada anak muda kita mencapai matlamat Sarawak Maju 2030.

“Matlamat ini kita akan capai dengan menekankan fokus kesejahteraan rakyat, inklusif serta pelaksanaan pembangunan yang mampan,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Hari Bandaraya Miri ke-19 di sini, malam tadi.

Beliau mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang kini berada di Korea Selatan untuk lawatan kerja.

Dalam pada itu, Dr Sim berkata warga Miri perlu ada perasaan cintakan bandar raya sejajar dengan hasrat kerajaan memajukannya.

“Jika sesebuah bandar itu tiada budaya yang menghidupkannya, maka bandar tersebut tidak mempunyai rohnya. Sayangi Miri kerana ia juga sebahagian daripada Sarawak yang kita miliki bersama,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii Siew Sang berkata pihaknya sedang melaksanakan fasa kedua Inisiatif Bandar Pintar.

Ini melibatkan pengwujudan pusat kawalan  yang akan menjadi nadi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pihak MBM.

“Pusat ini akan menjadi pangkalan umtuk perkara berkaitan langkah-langkah keselamatan, perkhidmatan serta titik permulaan kesemua arahan operasi.

“Pemusatan ini akan meningkatkan kadar kecekapan pengurusan bandar dan khidmat kepada komuniti setempat,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan